-
Keluaran 29:27, 28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Sucikanlah bahagian-bahagian daripada bebiri jantan yang dikorbankan semasa pelantikan+ Harun dan anak-anak lelakinya, iaitu dada bebiri jantan yang telah diayunkan ke depan dan belakang sebagai korban dan kakinya yang menjadi milik imam. 28 Dada dan kaki bebiri ialah bahagian yang dikhaskan+ untuk para imam, dan akan menjadi milik Harun dan keturunannya. Semasa orang Israel mempersembahkan korban pendamaian,+ mereka haruslah sentiasa mematuhi perintah ini dengan mengekhaskan bahagian ini untuk Aku, Yehuwa.
-
-
Bilangan 18:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Yehuwa berfirman lagi kepada Harun, “Aku sendiri telah melantik engkau untuk menguruskan sumbangan yang diberikan kepada-Ku.+ Sebahagian daripada semua sumbangan suci itu, yang diberikan oleh orang Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada engkau dan anak-anak lelakimu.+ Itulah bahagian yang harus sentiasa dikhaskan untuk kamu.
-
-
Ulangan 18:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 “Daripada apa yang dipersembahkan oleh umat Israel, inilah bahagian yang akan menjadi milik para imam: Jika ada orang mempersembahkan lembu atau bebiri sebagai korban, bahagian bahu dan rahang serta perut binatang itu harus diberikan kepada imam.
-
-
1 Korintus 9:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Tidakkah kamu tahu bahawa orang yang melakukan tugas suci menerima makanan dari Rumah Tuhan, dan bahawa mereka yang sentiasa berkhidmat di mazbah menerima sebahagian daripada korban yang dipersembahkan di atas mazbah?+
-