-
Bilangan 3:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Puak Gerson+ bertanggungjawab menguruskan khemah pertemuan,+ termasuk kain-kain penutupnya,+ tabir+ bagi pintu masuk khemah suci, 26 tirai+ halaman khemah yang mengelilingi khemah suci dan mazbah, tirai untuk pintu masuk halaman khemah,+ dan tali-tali di halaman khemah. Ya, mereka diperintahkan untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan semua peralatan itu.
-
-
Bilangan 4:24-26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Inilah tugas yang harus dilakukan oleh puak Gerson:+ 25 Mereka harus mengangkat kain-kain penutup khemah suci,+ iaitu kain yang dibuat daripada linen, kain yang dibuat daripada bulu kambing, dan kain penutup yang dibuat daripada kulit bebiri jantan, serta kain penutup daripada kulit anjing laut yang diletakkan di atasnya.+ Mereka juga harus mengangkat tabir untuk pintu masuk khemah pertemuan,+ 26 tirai halaman khemah+ yang mengelilingi khemah suci dan mazbah, tirai untuk pintu masuk halaman khemah,+ tali di halaman khemah, dan semua peralatan lain yang berkaitan dengan benda-benda itu. Itulah tugas yang harus dilakukan oleh mereka.
-