-
Keluaran 40:36Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
36 Setiap kali awan itu naik dari khemah suci, orang Israel akan memindahkan perkhemahan mereka ke tempat lain. Mereka berbuat demikian sepanjang perjalanan mereka di padang belantara.+
-
-
Bilangan 2:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Yehuda ialah 186,400 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok pertama yang berangkat.+
-
-
Bilangan 2:16, 17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Ruben ialah 151,450 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok kedua yang berangkat.+
17 “Apabila khemah pertemuan dipindahkan,+ orang Lewi harus berangkat dan berjalan di tengah-tengah empat kelompok perkhemahan yang lain.
“Sepanjang masa perjalanan, mereka semua harus berada dalam susunan semasa mereka berkhemah,+ iaitu mengikut kelompok perkhemahan masing-masing.
-
-
Bilangan 2:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Efraim ialah 108,100 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok ketiga yang berangkat.+
-
-
Bilangan 2:31Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Dan ialah 157,600 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok terakhir yang berangkat.”+
-