PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 17:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Maka Musa berkata kepada Yosua,+ “Pilihlah sebilangan lelaki untuk memerangi orang Amalek. Esok aku akan berdiri di puncak bukit sambil memegang tongkat Tuhan yang benar.”

  • Keluaran 24:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Maka Musa dan pembantunya Yosua+ pun bersiap-siap. Kemudian Musa naik ke atas gunung Tuhan yang benar.+

  • Keluaran 33:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Yehuwa berfirman kepada Musa secara bersemuka,+ sebagaimana seseorang bercakap dengan sahabatnya. Apabila Musa kembali ke kawasan perkhemahan, Yosua+ anak Nun, iaitu pembantu dan pelayan Musa,+ tetap berada di khemah pertemuan.

  • Bilangan 27:18-20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Maka Yehuwa berfirman kepada Musa, “Yosua anak Nun ialah seorang yang cekap. Panggillah dia dan letakkanlah tanganmu ke atasnya.+ 19 Suruhlah dia berdiri di hadapan Imam Eleazar dan segenap umat Israel. Kemudian, engkau harus melantiknya sebagai pemimpin di hadapan mereka semua.+ 20 Engkau harus memberikan sebahagian daripada kekuasaanmu kepadanya,+ supaya segenap umat Israel mentaatinya.+

  • Ulangan 31:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Yosua akan memimpin kamu untuk menyeberangi sungai itu,+ seperti yang telah difirmankan oleh Yehuwa, Tuhan kamu. Yehuwa akan mendahului kamu, dan Dia sendiri akan membinasakan bangsa-bangsa lain di depan mata kamu,+ lalu kamu akan menduduki tanah mereka.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi