PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 14:30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Aku telah bersumpah untuk memberikan tanah itu kepada kamu. Tetapi tiada seorang pun antara kamu yang akan tinggal di tanah itu+ kecuali Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.+

  • Bilangan 26:65
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 65 kerana Yehuwa telah berfirman, “Mereka pasti akan mati di padang belantara.”+ Semua orang itu telah mati kecuali Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.+

  • Bilangan 32:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 ‘Semua orang yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang telah keluar dari Mesir, tidak akan masuk ke tanah+ yang Aku janjikan untuk diberikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub.+ Hal ini demikian kerana mereka tidak mentaati-Ku dengan sepenuh hati. 12 Tiada seorang pun antara mereka yang akan masuk ke tanah itu, kecuali Kaleb+ anak Yefune, orang Kenas itu, dan Yosua+ anak Nun, kerana mereka berdua telah mengikut Aku, Yehuwa, dengan sepenuh hati.’+

  • Ulangan 1:35, 36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 35 ‘Tiada seorang pun antara generasi yang jahat ini yang akan pergi ke tanah yang subur itu, yang telah Aku janjikan untuk diberikan kepada nenek moyang kamu,+ 36 kecuali Kaleb anak Yefune. Dia akan pergi ke tanah itu, dan Aku akan memberikan tanah yang sudah dijelajahinya itu kepadanya dan kepada keturunannya, kerana dia telah mengikut Aku, Yehuwa, dengan sepenuh hati.+

  • Yosua 14:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Kemudian, orang daripada suku Yehuda menghadap Yosua di Gilgal.+ Kaleb+ anak Yefune, orang Kenas itu, berkata kepada Yosua, “Kamu tentu tahu apa yang difirmankan oleh Yehuwa+ kepada Musa, hamba Tuhan,+ tentang kita berdua di Kades-barnea.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi