-
Imamat 5:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 “‘Jika orang itu tidak mampu memberikan dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati muda, dia harus mempersembahkan satu persepuluh efa*+ tepung yang terbaik sebagai korban dosa. Tepung itu tidak boleh dicampuri minyak atau kemenyan putih kerana korban itu merupakan korban dosa. 12 Dia harus membawa tepung itu kepada imam. Kemudian imam akan mengambil segenggam tepung itu lalu membakarnya di atas mazbah sebagai tanda bahawa keseluruhan korban itu sudah dipersembahkan kepada Aku. Imam akan membakar korban dosa itu bersama korban yang telah dibakar di atas api untuk Aku, Yehuwa. Dia harus membakar semua itu sehingga asap naik dari mazbah.
-
-
Imamat 6:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 “Beritahulah Harun dan anak-anak lelakinya, ‘Inilah perintah mengenai korban dosa:+ Binatang untuk korban dosa harus disembelih+ di hadapan Aku, Yehuwa, iaitu di tempat menyembelih binatang untuk korban bakar. Korban ini merupakan sesuatu yang sangat suci. 26 Imam yang mempersembahkan korban dosa ini harus memakannya+ di tempat yang suci, iaitu di halaman khemah pertemuan.+
-