-
Ulangan 18:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 “Para imam keturunan Lewi dan seluruh suku Lewi tidak akan mendapat sebarang tanah di Israel sebagai warisan. Tetapi mereka akan mendapat sebahagian daripada korban yang dibakar untuk Yehuwa, iaitu korban-korban yang dikhususkan bagi-Nya.+ 2 Mereka tidak akan mendapat sebarang tanah warisan dalam kalangan orang Israel. Yehuwalah yang akan menjadi warisan mereka, seperti yang telah difirmankan-Nya kepada mereka.
-
-
Yehezkiel 44:28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 “‘Mereka akan memiliki Aku sebagai warisan mereka.+ Ya, Akulah warisan mereka. Kamu tidak boleh memberikan apa-apa warisan di Israel kepada mereka kerana Akulah milik mereka.
-