PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 27:12-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Selepas itu, Yehuwa berfirman kepada Musa, “Naiklah ke gunung di kawasan Abarim+ dan lihatlah tanah yang akan Aku berikan kepada umat Israel.+ 13 Selepas engkau melihat tanah itu, engkau akan meninggal seperti abangmu Harun,+ lalu dikebumikan seperti nenek moyangmu.+ 14 Hal ini demikian kerana engkau tidak menurut perintah-Ku semasa umat Israel bersungut-sungut terhadap-Ku di padang belantara Zin. Engkau tidak memuliakan Aku di hadapan umat Israel ketika Aku memberikan air+ kepada mereka di Sumber Air Meriba+ berdekatan Kades,+ di padang belantara Zin.”+

  • Ulangan 1:37
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 37 (Yehuwa juga murka terhadapku kerana kamu semua, dan Dia berfirman, “Engkau pun tidak akan masuk ke tanah itu.+

  • Ulangan 3:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Tetapi Yehuwa masih murka terhadapku kerana kamu semua,+ dan Dia tidak mendengarkan permohonanku. Yehuwa berfirman kepadaku, ‘Cukuplah! Jangan sebut tentang perkara ini lagi.

  • Ulangan 32:51, 52
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 51 Hal ini berlaku kerana kamu berdua tidak setia kepada-Ku semasa di Sumber Air Meriba+ yang berdekatan Kades, di padang belantara Zin. Kamu berdua tidak memuliakan Aku di hadapan umat Israel.+ 52 Engkau akan melihat tanah itu dari jauh, tetapi engkau tidak boleh memasuki tanah itu yang akan Aku berikan kepada orang Israel.”+

  • Ulangan 34:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Yehuwa berfirman kepada Musa, “Itulah tanah yang Aku janjikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku telah bersumpah kepada mereka dengan berkata, ‘Aku akan memberikan tanah itu kepada keturunan kamu.’+ Aku sudah membenarkan engkau melihat seluruh tanah itu, tetapi engkau tidak boleh pergi ke sana.”+

  • Yosua 1:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 “Hamba-Ku Musa sudah meninggal.+ Sekarang, hendaklah engkau dan semua umat Israel bersiap sedia. Seberangilah Sungai Yordan dan pergilah ke tanah yang akan Aku berikan kepada mereka.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi