-
Bilangan 22:10, 11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Bileam berkata kepada Tuhan, “Mereka ialah utusan yang dihantar oleh Balak anak Zipor, raja orang Moab. Mereka menghantar pesanan Balak kepadaku. Balak berkata, 11 ‘Bangsa yang telah keluar dari Mesir itu telah tersebar ke seluruh muka bumi. Maka datanglah dan kutuklah mereka bagi beta.+ Mudah-mudahan beta dapat mengalahkan mereka dan mengusir mereka dari negeri beta.’”
-
-
Bilangan 23:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Kemudian Balak berkata kepada Bileam, “Apa yang sudah kamu lakukan terhadap beta? Beta memanggil kamu untuk mengutuk musuh beta, tetapi sebaliknya kamu memberkati mereka pula.”+
-
-
Nehemia 13:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Pada hari itu, kitab Musa dibacakan kepada rakyat.+ Kitab itu menyatakan bahawa orang Ammon dan orang Moab+ tidak dibenarkan menyertai umat* Tuhan yang benar.+ 2 Hal ini demikian kerana mereka tidak memberi orang Israel roti dan air. Sebaliknya, mereka telah mengupah Bileam untuk mengutuk orang Israel.+ Tetapi Tuhan kami telah mengubah kutukan itu menjadi berkat.+
-