-
Keluaran 22:20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 “Sesiapa yang mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan lain, kecuali kepada Aku, Yehuwa, mesti dihukum mati.+
-
-
Keluaran 32:25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Musa melihat bahawa Harun telah membiarkan umat itu menjadi tidak terkawal, sehingga mereka mendapat malu di hadapan musuh-musuh mereka.
-
-
Ulangan 13:6-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 “Jika saudara lelaki kamu, iaitu anak kepada ibu kamu, atau anak lelaki kamu, atau anak perempuan kamu, atau isteri yang kamu kasihi, atau sahabat karib kamu, mencuba mempengaruhi kamu secara sembunyi-sembunyi dengan berkata, ‘Marilah kita pergi dan menyembah tuhan-tuhan lain,’+ iaitu tuhan-tuhan yang belum kamu atau nenek moyang kamu kenal, 7 yang disembah oleh bangsa-bangsa di sekeliling kamu, sama ada yang tinggal dekat dengan kamu, atau yang tinggal jauh daripada kamu, atau dari mana-mana tempat di negeri kamu, 8 jangan biarkan diri kamu dipujuk olehnya dan jangan mendengarkan kata-katanya.+ Jangan mengasihani dan jangan melindungi orang itu. 9 Sebaliknya, kamu harus membunuh orang itu.+ Biarlah kamu menjadi orang pertama yang merejam orang itu, dan kemudian biarlah orang lain merejamnya.+
-