-
Bilangan 16:39, 40Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
39 Maka Imam Eleazar pun mengambil bekas-bekas perbaraan tembaga yang telah dipersembahkan oleh semua orang yang mati dibakar itu, lalu dia menempa semuanya menjadi kepingan logam untuk melapisi mazbah, 40 sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa. Kepingan logam itu menjadi suatu tanda amaran bagi semua umat Israel bahawa tiada sesiapa pun yang boleh menghampiri Yehuwa untuk mempersembahkan kemenyan kepada-Nya selain keturunan Harun.+ Kepingan logam itu juga menjadi suatu tanda amaran agar tiada sesiapa pun yang meniru haluan Korah dan para penyokongnya.+
-
-
2 Tawarikh 26:16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Selepas Uzia menjadi berkuasa, dia menjadi angkuh. Keangkuhannya menyebabkan kejatuhannya. Dia bertindak tidak setia kepada Yehuwa, Tuhannya, dengan memasuki Rumah Yehuwa untuk membakar kemenyan di mazbah kemenyan.+
-
-
2 Tawarikh 26:18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 dan mencuba menghalangnya. Mereka berkata, “Tuanku Uzia! Tuanku tidak berhak membakar kemenyan kepada Yehuwa!+ Hanya para imam yang boleh berbuat demikian kerana mereka ialah keturunan Harun+ yang telah disucikan. Tinggalkanlah tempat suci ini. Tuanku telah bertindak tidak setia kepada Tuhan, dan tuanku tidak akan memperoleh penghormatan daripada Tuhan Yehuwa kerana hal ini.”
-