-
Keluaran 14:25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Dia menyebabkan roda kereta kuda mereka tercabut sehingga susah bergerak. Maka orang Mesir berkata, “Mari kita lari daripada orang Israel, kerana Yehuwa sedang berjuang bagi mereka untuk menentang kita.”+
-
-
1 Samuel 4:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Malanglah kita! Siapakah yang dapat menyelamatkan kita daripada Tuhan yang hebat ini? Semasa di padang belantara, inilah Tuhan yang telah membunuh orang Mesir dengan pelbagai tulah.+
-
-
Ezra 1:2, 3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 “Inilah kata-kata Raja Kores dari Persia: ‘Yehuwa, Tuhan yang berkuasa atas syurga, telah menyerahkan semua kerajaan di bumi kepada beta.+ Dia juga memberikan tugas kepada beta untuk membina sebuah rumah untuk-Nya di Yehuda, iaitu di Yerusalem.+ 3 Siapakah dalam kalangan kamu yang merupakan umat-Nya? Biarlah orang itu pulang ke Yerusalem, yang terletak di Yehuda, dan semoga Tuhannya menyertainya. Binalah semula Rumah Yehuwa, Tuhan orang Israel, yang terletak di Yerusalem.* Sememangnya Dia ialah Tuhan yang benar.
-