-
Yosua 13:24-28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Musa juga memberikan tanah kepada keluarga-keluarga dalam suku Gad sebagai warisan mereka. Orang daripada suku Gad menerima 25 tanah yang merangkumi Yaezer,+ semua kota di Gilead, dan setengah daripada tanah orang Ammon,+ sampai ke Aroer yang berhadapan dengan Raba.+ 26 Tanah mereka juga merangkumi kawasan dari Hesybon+ ke Ramat-mizpe dan Betonim, dari Mahanaim+ sampai ke sempadan Debir. 27 Di kawasan lembah,* tanah mereka merangkumi kawasan-kawasan lain dalam kerajaan Raja Sihon dari Hesybon,+ iaitu Bet-haram, Bet-nimra,+ Sukot,+ dan Zafon. Sungai Yordan merupakan sempadan kawasan mereka yang merangkumi tanah di sebelah timur Sungai Yordan sampai ke selatan Tasik Kineret.*+ 28 Seluruh kawasan ini termasuk kota-kota dan perkampungan diberikan kepada keluarga-keluarga dalam suku Gad sebagai warisan.
-