-
Kejadian 13:14, 15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Selepas Lot berpisah dengan Abram, Yehuwa berfirman kepada Abram, “Dari tempat engkau berada, pandanglah ke arah utara dan selatan, timur dan barat. 15 Seluruh tanah yang engkau lihat itu akan Aku berikan kepadamu dan keturunanmu. Tanah itu akan sentiasa menjadi milik kamu.+
-
-
Kejadian 17:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Semasa Abram berumur 99 tahun, Yehuwa menampakkan diri kepada Abram lalu berfirman, “Aku ialah Tuhan Yang Maha Kuasa. Hendaklah engkau sentiasa hidup selaras dengan kehendak-Ku* dan buktikan bahawa engkau tidak bercela.
-