-
Ulangan 7:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 “Kamu dikasihi dan dipilih oleh Yehuwa, Tuhan kamu, bukan kerana kamu lebih besar daripada bangsa lain;+ sebenarnya kamu ialah bangsa yang paling kecil dalam kalangan semua bangsa.+ 8 Sebaliknya, Yehuwa telah membebaskan kamu daripada kuasa Firaun, raja Mesir, dengan tangan-Nya yang perkasa, dan Yehuwa telah menyelamatkan kamu daripada perhambaan di Mesir,+ kerana Dia mengasihi kamu dan ingin menepati janji dan sumpah yang dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu.+
-
-
Yehezkiel 36:22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 “Oleh itu, beritahulah bangsa Israel, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Hai bangsa Israel, Aku akan bertindak bukan demi kamu, tetapi demi nama suci-Ku, yang telah kamu cemarkan ke mana sahaja kamu pergi.”’+
-