PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 26:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Aku akan menurunkan hujan pada waktunya+ supaya tanah dapat mengeluarkan hasilnya+ dan pokok-pokok di ladang akan berbuah.

  • Ulangan 8:7-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Yehuwa, Tuhan kamu, sedang membawa kamu ke tanah yang subur itu.+ Tanah itu mempunyai banyak sungai,* mata air, dan sumber-sumber air yang lain, yang memancur dari bukit-bukit dan yang mengalir di kawasan dataran. 8 Di sana terdapat juga gandum, barli, pokok anggur, pokok ara, pokok delima,+ pokok zaitun, dan madu.+ 9 Di tanah itu, kamu akan mempunyai makanan yang berlimpah-limpah sehingga kamu tidak akan kekurangan apa-apa pun. Batu-batu di sana mengandungi besi, dan kamu dapat melombong tembaga dari bukit-bukit di situ.

  • Ulangan 28:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Sepertimana seorang lelaki membuka gudangnya yang dipenuhi barang, Yehuwa akan membuka langit lalu menurunkan hujan pada musimnya+ dan memberkati segala yang kamu lakukan. Kamu akan memberikan pinjaman kepada banyak bangsa, tetapi kamu sendiri tidak perlu meminjam daripada sesiapa pun.+

  • Yeremia 14:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Dapatkah tuhan-tuhan bangsa lain yang tidak berguna itu menurunkan hujan?

      Dapatkah langit mencurahkan air hujan dengan sendirinya?

      Ya Yehuwa, Tuhan kami, bukankah Engkau sahaja yang dapat berbuat demikian?+

      Kami berharap kepada-Mu,

      Kerana hanya Engkau yang dapat melakukan semua hal ini.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi