PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 28:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “Tetapi jika kamu enggan mentaati Yehuwa, Tuhan kamu, dan enggan mematuhi semua hukum dan perintah-Nya yang aku sampaikan kepada kamu pada hari ini, Dia akan menimpakan semua kutukan yang dahsyat ini kepada kamu:+

  • Ulangan 28:23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Dia akan menyebabkan langit kamu menjadi seperti tembaga dan tanah kamu menjadi seperti besi.*+

  • 1 Raja-Raja 8:35, 36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 35 “Apabila langit tertutup dan tidak ada hujan yang turun+ kerana mereka terus berdosa terhadap Engkau,+ tetapi kemudian mereka berdoa menghadap ke tempat ini dan memuliakan nama-Mu serta bertaubat daripada dosa mereka kerana Engkau mengizinkan mereka menderita,*+ 36 semoga Engkau mendengar dari syurga dan mengampunkan dosa hamba-hamba-Mu, umat Israel. Ajarlah mereka+ haluan benar yang harus diikuti, dan turunkanlah hujan ke atas tanah+ yang telah Engkau berikan kepada mereka sebagai warisan.

  • 2 Tawarikh 7:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Apabila Aku menutup langit dan tidak ada hujan yang turun, atau apabila Aku menyuruh belalang untuk melahap tanaman di negeri ini, atau apabila Aku mendatangkan wabak atas umat-Ku, 14 lalu umat yang menyandang nama-Ku+ merendahkan diri+ dan berdoa serta mencari Aku lalu berpaling daripada haluan jahat mereka,+ Aku akan mendengar dari syurga dan mengampunkan dosa mereka serta memulihkan semula tanah mereka.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi