-
Imamat 17:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 “‘“Jika orang Israel menyembelih lembu, bebiri, atau kambing di dalam atau di luar kawasan perkhemahan 4 untuk dipersembahkan sebagai korban kepada Aku, Yehuwa, orang itu sudah berhutang darah. Orang itu telah menumpahkan darah dan mesti dihukum mati. Hal ini demikian kerana dia sepatutnya membawa binatang itu ke hadapan pintu masuk khemah pertemuan, iaitu khemah suci milik Aku, Yehuwa.
-
-
1 Raja-Raja 12:28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 Setelah raja berbincang dengan para penasihatnya, dia membuat dua buah patung anak lembu jantan daripada emas.+ Kemudian dia berkata kepada rakyat, “Hai orang Israel, memang sukar bagi kamu semua untuk pergi ke Yerusalem. Lihatlah! Ini Tuhan kamu yang telah membawa kamu keluar dari negeri Mesir.”+
-