-
Imamat 11:4-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 “‘Tetapi kamu tidak boleh makan binatang yang hanya memamah biak atau yang hanya mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Jangan makan unta kerana unta memamah biak tetapi tidak mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Binatang itu harus dianggap haram.+ 5 Jangan makan tikus gunung*+ kerana tikus gunung memamah biak tetapi tidak mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Binatang itu harus dianggap haram. 6 Jangan makan arnab* kerana arnab memamah biak tetapi tidak mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Binatang itu harus dianggap haram. 7 Jangan makan babi+ kerana babi mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya tetapi tidak memamah biak. Binatang itu harus dianggap haram. 8 Jangan makan binatang-binatang itu dan jangan sentuh bangkainya. Binatang-binatang itu harus dianggap haram.+
-