PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 14:39-45
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 39 Setelah Musa menyampaikan kata-kata itu kepada orang Israel, mereka semua mula meratap dan berkabung. 40 Awal pagi keesokan harinya, mereka bangun lalu bersiap-siap untuk pergi ke puncak gunung. Mereka berkata, “Kami tahu bahawa kami sudah berdosa. Tetapi sekarang kami bersedia untuk pergi ke tempat yang dikatakan oleh Yehuwa itu.”+ 41 Namun Musa berkata, “Mengapa kamu asyik melanggar perintah Yehuwa? Kamu pasti akan gagal. 42 Janganlah pergi, kerana Yehuwa tidak menyertai kamu. Kamu pasti akan dikalahkan oleh musuh.+ 43 Oleh sebab kamu telah berpaling daripada Yehuwa, Yehuwa tidak akan menyertai kamu,+ dan kamu pasti akan ditewaskan oleh orang Amalek dan orang Kanaan.”+

      44 Tetapi mereka semua degil dan masih pergi ke puncak gunung.+ Namun tabut perjanjian Yehuwa tidak dibawa bersama mereka,+ dan Musa juga tidak meninggalkan perkhemahan. 45 Kemudian orang Amalek dan orang Kanaan yang tinggal di kawasan pergunungan menyerang mereka lalu menyebabkan mereka lari sampai ke Horma.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi