-
Ulangan 13:1-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 “Jika seorang nabi atau pentafsir mimpi muncul dalam kalangan kamu dan memberi kamu suatu ramalan atau tanda, 2 dan jika ramalan atau tanda itu benar-benar berlaku lalu dia berkata, ‘Marilah kita pergi dan menyembah tuhan-tuhan lain yang belum kita kenal,’ 3 jangan mendengarkan kata-kata nabi atau pentafsir mimpi itu.+ Hal ini demikian kerana Yehuwa sedang menguji kamu+ untuk mengetahui sama ada kamu mengasihi Yehuwa, Tuhan kamu, dengan segenap hati dan segenap jiwa atau tidak.+ 4 Kamu harus menyembah dan terus mengikut Yehuwa, Tuhan kamu. Kamu harus mendengarkan firman-Nya dan mematuhi semua perintah-Nya. Kamu harus takut akan Dia dan berpaut pada-Nya.+ 5 Tetapi nabi atau pentafsir mimpi itu harus dihukum mati+ kerana dia mempengaruhi kamu untuk memberontak terhadap Yehuwa, Tuhan kamu, yang telah menebus kamu dan membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba. Dia harus dihukum mati kerana dia mencuba menyimpangkan kamu daripada haluan yang ditetapkan oleh Yehuwa. Ya, kamu harus menyingkirkan kejahatan daripada kalangan kamu.+
-
-
Yeremia 28:11-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Di hadapan semua rakyat, Hanania berkata, “Inilah firman Yehuwa: ‘Demikianlah Aku akan mematahkan kuk Raja Nebukadnezar dari Babilon yang ada pada tengkuk semua bangsa, dan Aku akan melakukannya dalam masa dua tahun.’”+ Nabi Yeremia pun beredar dari situ.
12 Selepas Nabi Hanania mematahkan kuk yang ada pada tengkuk Nabi Yeremia, Yehuwa berfirman kepada Yeremia, 13 “Pergilah kepada Hanania dan katakanlah kepadanya, ‘Inilah firman Yehuwa: “Engkau telah mematahkan kuk yang diperbuat daripada kayu,+ tetapi sekarang kuk itu akan digantikan dengan kuk yang diperbuat daripada besi.” 14 Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: “Aku akan meletakkan kuk besi pada tengkuk semua bangsa ini, dan mereka akan tunduk kepada Raja Nebukadnezar dari Babilon.+ Aku akan menyerahkan mereka ke dalam tangan raja itu, bahkan binatang liar di padang pun akan Aku serahkan kepadanya.”’”+
15 Kemudian Nabi Yeremia berkata kepada Nabi Hanania,+ “Wahai Hanania, tolonglah dengar! Yehuwa tidak mengutus kamu, tetapi kamu telah membuat rakyat mempercayai kata-kata dustamu.+ 16 Maka inilah firman Yehuwa: ‘Lihatlah! Aku akan melenyapkan engkau dari muka bumi ini. Pada tahun ini, engkau akan mati kerana engkau telah membuat orang memberontak terhadap Aku, Yehuwa.’”+
17 Pada tahun itu juga, pada bulan ketujuh, Nabi Hanania mati.
-