18 Pada hari itu, Yehuwa membuat perjanjian dengan Abram.+ Dia berfirman, “Aku akan memberikan tanah+ dari sungai di Mesir hingga sungai besar itu, iaitu Sungai Efrat,+ kepada keturunanmu.
31 “Aku akan menetapkan sempadan negeri kamu, iaitu dari Laut Merah ke Laut Tengah,* dan dari padang belantara ke sungai besar.*+ Aku akan menyerahkan penduduk negeri itu ke dalam tangan kamu, dan kamu akan mengusir mereka semua.+
24 Setiap tanah yang kamu pijak akan menjadi milik kamu.+ Sempadan negeri kamu akan terbentang luas bermula dari kawasan padang belantara sampai ke Lebanon, dan dari Sungai Efrat sampai ke Laut Tengah.*+