PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 15:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 “Jika ada saudara kamu yang menjadi miskin di salah sebuah kota di tanah yang akan diberikan oleh Yehuwa kepada kamu, kamu mesti rela membantunya. Kamu tidak boleh bersikap kedekut,+

  • Ulangan 15:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Kamu mesti memberinya dengan murah hati+ dan membantunya dengan senang hati, supaya Yehuwa memberkati segala usaha kamu.+

  • Amsal 11:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Orang yang murah hati akan menjadi kaya,+

      Tetapi orang yang kedekut akan menjadi miskin.+

  • Amsal 19:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Menunjukkan kebaikan kepada orang yang lemah sama seperti memberikan pinjaman kepada Yehuwa;+

      Tuhan sendiri akan membalas kebaikan orang yang berbuat demikian.+

  • Lukas 6:38
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 38 Amalkanlah tabiat memberi dan orang lain juga akan memberi kepada kamu.+ Dengan murah hati, mereka akan mencurahkan pemberian yang dipadatkan dan digoncang-goncang sehingga berlimpah-limpah di dalam lipatan jubahmu. Sukatan yang kamu gunakan untuk orang, juga akan digunakan untuk kamu.”

  • 2 Korintus 9:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Berkenaan dengan hal itu, sesiapa yang bersikap kedekut semasa menabur benih akan mendapat tuaian yang sedikit, tetapi sesiapa yang murah hati semasa menabur benih akan mendapat tuaian yang banyak.+

  • 1 Yohanes 3:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Jika ada sesiapa yang mampu menyara kehidupan sendiri dan melihat saudaranya memerlukan bantuan tetapi enggan berbelas kasihan terhadapnya, dapatkah kita mengatakan bahawa orang itu mengasihi Tuhan?+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi