-
Keluaran 17:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, “Tulislah hal ini dalam kitab sebagai suatu peringatan, dan sampaikannya kepada Yosua, ‘Aku akan melenyapkan orang Amalek dari muka bumi ini dan mereka tidak akan dikenang lagi.’”+
-
-
1 Samuel 14:47, 48Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
47 Saul mengukuhkan kerajaannya di negeri Israel dan melawan semua musuh di sekelilingnya. Dia melawan orang Moab,+ orang Ammon,+ orang Edom,+ raja-raja Zoba,+ dan orang Filistin.+ Dia mengalahkan mereka ke mana sahaja dia pergi. 48 Saul berperang dengan gagah berani dan mengalahkan orang Amalek+ lalu menyelamatkan orang Israel daripada tangan musuh mereka.
-
-
1 Samuel 15:1-3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Kemudian Samuel berkata kepada Saul, “Yehuwa telah mengutus hamba untuk melantik* tuanku sebagai raja atas umat-Nya Israel.+ Sekarang dengarlah apa yang ingin difirmankan oleh Yehuwa.+ 2 Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: ‘Aku akan meminta orang Amalek bertanggungjawab atas tindakan mereka, kerana mereka telah menentang orang Israel semasa orang Israel keluar dari Mesir.+ 3 Sekarang, pergilah dan binasakanlah orang Amalek.+ Musnahkanlah mereka+ berserta segala yang dimiliki oleh mereka. Jangan tinggalkan apa-apa pun.* Engkau harus membunuh mereka,+ baik lelaki mahupun wanita, anak mahupun bayi, lembu jantan mahupun biri-biri, dan unta mahupun keldai.’”+
-