PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 17:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Pada tahun kesembilan pemerintahan Hoshea, raja Assyria menawan Samaria.+ Selepas itu, raja Assyria membawa orang Israel ke negerinya sebagai tawanan.+ Dia menyuruh mereka tinggal di Halah, di Habor yang terletak dekat Sungai Gozan,+ dan di kota-kota orang Media.+

  • 2 Raja-Raja 25:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Mereka membunuh anak-anak lelaki Zedekia di depan matanya. Setelah itu, Nebukadnezar membutakan mata Zedekia dan mengikatnya dengan rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon.+

  • 2 Tawarikh 33:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Maka Yehuwa membiarkan ketua-ketua tentera raja Assyria menyerang mereka. Mereka menangkap Manasye dengan cangkuk,* mengikatnya dengan dua utas rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon.

  • 2 Tawarikh 36:5, 6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Yehoyakim+ berusia 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah selama 11 tahun di Yerusalem. Dia terus melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, Tuhannya.+ 6 Raja Nebukadnezar+ dari Babilon datang menyerang Yehoyakim dan mengikatnya dengan dua utas rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi