-
Yosua 9:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Berita tentang apa yang berlaku telah diketahui oleh semua raja di sebelah barat Sungai Yordan,+ iaitu raja-raja orang Het, orang Amori, orang Kanaan, orang Feris, orang Hewi, dan orang Yebus.+ Merekalah raja-raja yang berada di kawasan pergunungan, di Syefela, di sepanjang persisiran Laut Tengah,*+ dan di depan Lebanon. 2 Sebaik sahaja mereka mendengar berita itu, mereka bersepakat untuk menentang Yosua dan orang Israel.+
-
-
Yosua 9:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Mereka menjawab, “Hamba semua datang dari negeri yang sangat jauh+ kerana nama Yehuwa, Tuhanmu, yang tersebar luas. Kami mendengar tentang kemasyhuran-Nya dan semua perkara yang dilakukan-Nya di Mesir.+ 10 Kami juga mendengar tentang apa yang dilakukan-Nya terhadap dua orang raja bangsa Amori yang berada di sebelah timur Sungai Yordan, iaitu Raja Sihon+ dari Hesybon dan Raja Og+ dari Basan, yang tinggal di Asytarot.
-