-
Bilangan 18:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Hal ini demikian kerana Aku telah memberi mereka semua persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada Aku, Yehuwa. Ya, Aku telah berfirman, ‘Orang Lewi tidak akan mendapat sebarang tanah di Israel sebagai warisan.’”+
-
-
Bilangan 26:62, 63Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
62 Bilangan orang Lewi yang berumur satu bulan dan ke atas yang didaftarkan ialah 23,000 orang.+ Orang Lewi tidak didaftarkan bersama orang Israel yang lain+ kerana mereka tidak diberi tanah warisan di Israel.+
63 Musa dan Imam Eleazar mendaftarkan umat Israel semasa mereka berada di padang gurun Moab, di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho.
-
-
Ulangan 18:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 “Para imam keturunan Lewi dan seluruh suku Lewi tidak akan mendapat sebarang tanah di Israel sebagai warisan. Tetapi mereka akan mendapat sebahagian daripada korban yang dibakar untuk Yehuwa, iaitu korban-korban yang dikhususkan bagi-Nya.+
-