PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yosua 10:36, 37
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 36 Selepas itu Yosua dan semua askar Israel berangkat dari Eglon lalu pergi ke Hebron.+ Mereka menyerang kota Hebron. 37 Mereka menawan kota itu dan semua pekannya. Raja kota itu dan semua penduduknya telah dibunuh dengan pedang; tiada seorang pun yang dibiarkan hidup. Seperti yang dilakukannya di Eglon, Yosua membinasakan kota itu dan menghapuskan semua orang di situ.

  • Yosua 15:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Yosua, Kaleb+ anak Yefune telah diberi tanah di kawasan keturunan Yehuda. Kaleb mendapat Kiryat-arba, iaitu Hebron.+ (Arba ialah bapa Enak.)

  • Yosua 21:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Mereka diberi Kiryat-arba,+ iaitu Hebron,+ (Arba ialah bapa Enak), di kawasan pergunungan Yehuda termasuk padang rumputnya. 12 Tetapi kawasan tanah lapang di kota itu dan perkampungannya diberikan kepada Kaleb anak Yefune sebagai miliknya.+

  • 1 Tawarikh 6:55, 56
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 55 iaitu Hebron+ di negeri Yehuda, dengan padang rumput di sekelilingnya. 56 Tetapi tanah lapang dan perkampungan di situ diberikan kepada Kaleb+ anak Yefune.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi