-
Kisah 7:44, 45Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
44 “Nenek moyang kita mempunyai khemah suci* semasa mereka berada di padang belantara. Tuhan telah menyuruh Musa untuk membuat khemah itu menurut contoh yang telah dilihat olehnya.+ 45 Kemudian, nenek moyang kita yang mewarisi khemah itu juga membawanya bersama Yosua ke tanah yang diduduki oleh bangsa lain.+ Bangsa-bangsa itulah yang diusir oleh Tuhan di hadapan nenek moyang kita.+ Khemah itu kekal di situ hingga zaman Daud.
-