6 “Kamu harus memberikan enam buah kota perlindungan kepada orang Lewi.+ Dengan itu, jika ada sesiapa yang membunuh orang dengan tidak sengaja, orang itu dapat melarikan diri ke kota-kota tersebut.+ Selain itu, kamu juga harus memberikan 42 buah kota lain kepada mereka.
15 Keenam-enam kota itu akan menjadi kota perlindungan bagi kamu semua. Orang Israel, orang asing,+ penduduk sementara, dan sesiapa sahaja, yang membunuh orang dengan tidak sengaja+ boleh melarikan diri ke kota-kota itu.