16Keturunan Yusuf+ menerima tanah setelah membuang undi.+ Tanah mereka bermula dari Sungai Yordan dekat Yerikho, sampai ke mata air di sebelah timur Yerikho. Sempadan tanah mereka melintasi padang belantara di hadapan Yerikho dan naik ke kawasan pergunungan di Bethel.+
3 Kemudian sempadan itu menuju ke barat dan turun ke sempadan kawasan orang Yaflet, sampai ke sempadan Bet-horon Hilir.+ Dari situ, sempadan itu menuju ke Gezer+ dan berakhir di Laut Tengah.*
11 Setelah membuang undi, keluarga-keluarga dalam suku Benyamin menerima tanah mereka. Kawasan yang diberikan kepada mereka terletak di antara tanah milik keturunan Yehuda+ dan keturunan Yusuf.+
13 Dari situ, sempadan itu menuju ke Lus, ke bahagian selatan lereng di Lus, iaitu Bethel.+ Sempadan itu turun ke Atarot-adar,+ ke gunung yang terletak di selatan Bet-horon Hilir.+