11 Orang Israel telah berdosa. Mereka melanggar perjanjian+ yang Aku suruh mereka patuhi. Mereka telah mengambil sebahagian daripada barang-barang yang mesti dimusnahkan.+ Mereka mencuri+ barang-barang itu dan menyembunyikannya bersama barang kepunyaan mereka sendiri.+
15 Orang yang didapati mengambil barang-barang yang mesti dimusnahkan, harus mati dan dibakar+ bersama segala miliknya, kerana dia telah melanggar perjanjian+ Yehuwa dan melakukan sesuatu yang memalukan dalam kalangan orang Israel.”’”