PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 20:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 kerana Yehuwa, Tuhan kamu, menyertai kamu. Dia akan berperang melawan musuh bagi pihak kamu dan Dia akan menyelamatkan kamu.’+

  • Yosua 10:11-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Ketika orang Amori lari daripada umat Israel, mereka terbunuh apabila Yehuwa menurunkan hujan batu yang besar ke atas mereka sepanjang jalan yang turun dari Bet-horon sampai ke Azeka. Sebenarnya, lebih banyak orang yang terbunuh disebabkan hujan batu daripada yang dibunuh oleh orang Israel dengan pedang.

      12 Pada hari Yehuwa menyerahkan orang Amori kepada orang Israel, Yosua berkata kepada Yehuwa di hadapan orang Israel,

      “Hai matahari, berhentilah+ di atas Gibeon,+

      Hai bulan, berhentilah di atas Lembah* Ayalon!”

      13 Maka matahari berhenti dan bulan pun tidak bergerak, sehingga umat Israel dapat mengalahkan musuh mereka. Kisah ini tertulis dalam kitab Yasar.+ Matahari berhenti di tengah-tengah langit dan tidak terbenam selama kira-kira sehari suntuk. 14 Pada hari itu, Yehuwa berperang bagi umat Israel.+ Yehuwa tidak pernah mendengarkan permintaan seorang manusia+ dengan cara sedemikian, baik sebelum mahupun selepas hari itu.

  • Yosua 10:40
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 40 Yosua menakluki semua negeri di kawasan pergunungan, di Negeb, di Syefela,+ dan di kawasan lereng gunung. Semua raja di situ dikalahkannya; tiada seorang pun yang dibiarkan hidup. Yosua telah menghapuskan tiap-tiap orang di situ,+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa, Tuhan orang Israel.+

  • Yosua 10:42
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 42 Yosua menawan semua raja di situ dan negeri-negeri mereka sekali gus, kerana Yehuwa, Tuhan orang Israel, berjuang untuk bangsa Israel.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi