-
Yosua 13:2-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Berikut merupakan tanah yang belum ditakluki:+ Semua wilayah orang Filistin dan orang Gesur+ 3 (dari cabang Sungai Nil* di sebelah timur Mesir sampai ke sempadan Ekron di utara, iaitu kawasan yang sebelumnya dianggap sebagai kawasan orang Kanaan),+ termasuk tanah yang dimiliki lima orang raja bangsa Filistin,+ iaitu tanah orang Gaza, orang Asdod,+ orang Askelon,+ orang Gat,+ dan orang Ekron;+ tanah orang Awim+ 4 di selatan; seluruh tanah orang Kanaan; kawasan Meara yang dimiliki orang Sidon,+ sampai ke Afek yang terletak di sempadan orang Amori; 5 tanah orang Gebal+ dan seluruh bahagian timur Lebanon, dari Baal-gad di kaki Gunung Hermon sampai ke Lebo-hamat;*+ 6 dan juga seluruh tanah orang Sidon,+ iaitu penduduk kawasan pergunungan, dari Lebanon+ sampai ke Misrefot-maim.+ Aku akan mengusir mereka dari hadapan orang Israel.+ Engkau hanya perlu membahagikan tanah itu dan memberikannya kepada orang Israel sebagai harta warisan mereka, seperti yang telah Aku perintahkan kepadamu.+
-