PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 28:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “Tetapi jika kamu enggan mentaati Yehuwa, Tuhan kamu, dan enggan mematuhi semua hukum dan perintah-Nya yang aku sampaikan kepada kamu pada hari ini, Dia akan menimpakan semua kutukan yang dahsyat ini kepada kamu:+

  • Ulangan 28:48
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 48 Yehuwa akan menyebabkan musuh-musuh kamu menyerang dan menawan kamu. Kamu akan diperhamba+ dalam keadaan lapar,+ dahaga, telanjang,* dan serba kekurangan. Kamu akan ditindas dengan kejam* sehingga kamu binasa sama sekali.

  • Hakim-Hakim 2:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Oleh itu, Yehuwa sangat murka terhadap umat Israel. Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan para perompak dan membiarkan mereka dirompak.+ Dia juga menyerahkan* mereka ke dalam tangan musuh-musuh di sekeliling mereka,+ sehingga mereka tidak berdaya melawan musuh.+

  • Nehemia 9:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 “Tetapi sebaik sahaja mereka hidup aman, mereka melakukan perbuatan yang jahat di depan mata-Mu lagi.+ Maka Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan musuh dan membiarkan mereka ditakluki.*+ Kemudian mereka akan kembali kepada-Mu dan meminta tolong,+ dan Engkau akan mendengar dari syurga. Engkau menyelamatkan mereka berulang kali kerana Engkau sangat berbelas kasihan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi