-
1 Samuel 13:5, 6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Sementara itu, orang Filistin juga berkumpul untuk menyerang orang Israel. Mereka mempunyai 30,000 buah kereta kuda dan 6,000 orang penunggang kuda serta angkatan tentera yang banyak seperti pasir di pantai.+ Mereka pergi berkhemah di Mikhmas, di sebelah timur Bet-awen.+ 6 Orang Israel sedar bahawa mereka dalam kesusahan kerana mereka menghadapi keadaan yang genting. Jadi mereka bersembunyi di dalam gua,+ celah-celah batu, bukit batu, tempat bawah tanah, dan lubang.
-