-
Ulangan 13:5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Tetapi nabi atau pentafsir mimpi itu harus dihukum mati+ kerana dia mempengaruhi kamu untuk memberontak terhadap Yehuwa, Tuhan kamu, yang telah menebus kamu dan membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba. Dia harus dihukum mati kerana dia mencuba menyimpangkan kamu daripada haluan yang ditetapkan oleh Yehuwa. Ya, kamu harus menyingkirkan kejahatan daripada kalangan kamu.+
-
-
Ulangan 17:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Orang yang menjadi saksi harus menjadi orang pertama yang merejamnya, dan kemudian semua orang lain akan merejamnya. Kamu harus menyingkirkan kejahatan daripada kalangan kamu.+
-
-
Ulangan 22:22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 “Jika seorang lelaki didapati berzina dengan isteri orang lain, kedua-dua orang yang berzina itu mesti dihukum mati.+ Dengan demikian, kamu akan menyingkirkan kejahatan daripada kalangan umat Israel.
-