PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 34:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Berhati-hatilah dan jangan membuat perjanjian dengan penduduk di tanah itu. Hal ini demikian kerana apabila mereka mempersembahkan korban dan menyembah tuhan-tuhan mereka,*+ mereka akan menjemput kamu, lalu kamu akan memakan korban yang telah dipersembahkan itu.+ 16 Kemudian kamu pasti akan mengahwinkan anak lelaki kamu dengan anak perempuan mereka.+ Apabila anak perempuan mereka menyembah tuhan-tuhan lain, anak lelaki kamu juga akan berbuat demikian.+

  • Bilangan 25:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Semasa umat Israel berkhemah di Sitim,+ kaum lelaki orang Israel mula melakukan hubungan seks dengan perempuan-perempuan Moab.+ 2 Perempuan Moab mengajak orang Israel pergi mempersembahkan korban kepada dewa-dewa mereka.+ Maka orang Israel memakan korban-korban itu dan mula bersujud menyembah dewa-dewa orang Moab.+

  • Ulangan 7:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Jangan menjalin ikatan perkahwinan dengan mereka. Jangan mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka, dan jangan mengambil anak perempuan mereka untuk dijadikan isteri anak lelaki kamu.+ 4 Hal ini demikian kerana mereka akan menyebabkan anak-anak lelaki kamu menyembah tuhan-tuhan lain.+ Jika hal ini berlaku, Yehuwa pasti akan murka terhadap kamu dan membinasakan kamu dengan serta-merta.+

  • 1 Raja-Raja 11:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Raja Salomo mencintai banyak wanita bangsa asing.+ Selain puteri Firaun,+ dia juga mencintai wanita bangsa Moab,+ Ammon,+ Edom, Sidon,+ dan Het.+

  • 1 Raja-Raja 11:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Ketika Salomo sudah tua,+ isteri-isterinya mempengaruhinya untuk menyembah tuhan-tuhan lain.+ Dia tidak seperti bapanya Daud, yang menyembah Yehuwa, Tuhannya dengan sepenuh hati.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi