-
Kejadian 28:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Tuhan Yang Maha Kuasa akan memberkatimu. Dia akan melipatgandakan keturunanmu dan memberimu banyak anak cucu. Kamu akan menjadi nenek moyang kepada sebuah bangsa yang besar.+
-
-
Kejadian 35:23-26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Anak-anak lelaki yang dilahirkan oleh Lea ialah Ruben, iaitu anak sulung Yakub,+ diikuti dengan Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, dan Zebulon. 24 Anak-anak lelaki yang dilahirkan oleh Rahel ialah Yusuf dan Benyamin. 25 Anak-anak lelaki yang dilahirkan oleh Bilha, hamba perempuan Rahel, ialah Dan dan Naftali. 26 Anak-anak lelaki yang dilahirkan oleh Zilpa, hamba perempuan Lea, ialah Gad dan Asyer. Merekalah anak-anak lelaki Yakub yang dilahirkan di Padan-aram.
-
-
Kejadian 46:15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Mereka semua ialah anak cucu Lea yang dilahirkan untuk Yakub di Padan-aram. Lea juga melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Dina.+ Jumlah mereka semua ialah 33 orang.
-
-
Kejadian 46:18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Mereka semua ialah anak cucu Zilpa,+ iaitu hamba perempuan yang diberikan oleh Laban kepada anak perempuannya Lea. Semua anak cucu Yakub dan Zilpa berjumlah 16 orang.
-
-
Kejadian 46:22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Mereka semua ialah anak cucu Rahel. Semua anak cucu Yakub dan Rahel berjumlah 14 orang.
-
-
Kejadian 46:25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Mereka semua ialah anak cucu Bilha, iaitu hamba perempuan yang diberikan Laban kepada anak perempuannya Rahel. Semua anak cucu Yakub dan Bilha berjumlah tujuh orang.
-