-
1 Samuel 1:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Kemudian dia berikrar, “Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga, jika Engkau memperhatikan penderitaan hamba-Mu ini, dan jika Engkau ingat akan aku dan tidak melupakan aku, serta memberi aku seorang anak lelaki,+ aku akan menyerahkannya kepada-Mu, ya Yehuwa. Dia akan berkhidmat kepada-Mu seumur hidupnya, dan rambutnya tidak akan dipotong.”+
-
-
1 Samuel 2:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Selepas itu Elkana pulang ke rumahnya di Rama, tetapi Samuel yang masih kecil berkhidmat kepada Yehuwa+ di bawah pengawasan Imam Eli.
-
-
2 Tawarikh 31:16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Sumbangan itu juga diberikan kepada semua lelaki yang bertugas di Rumah Yehuwa setiap hari menurut kumpulan masing-masing. Selain itu, anak-anak mereka yang berumur tiga tahun dan ke atas, yang disenaraikan dalam salasilah keluarga, juga mendapat bahagian daripada sumbangan itu.
-