-
1 Samuel 9:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Dia sedang dalam perjalanan ke tempat tinggi untuk makan. Jika kamu cepat, kamu akan menjumpainya sebaik sahaja kamu tiba di kota. Kamu mungkin dapat bertemu dengan dia sebelum dia naik ke situ untuk memberkati korban dan sebelum rakyat mula makan, kerana mereka yang telah dijemput hanya boleh makan setelah dia berbuat demikian.”
-
-
1 Samuel 9:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Maka tukang masak itu menghidangkan daging paha kepada Saul. Samuel berkata, “Makanlah, kerana apa yang dihidangkan di hadapanmu telah disimpan untukmu. Aku telah memberitahu mereka bahawa aku ada menjemput tetamu, dan mereka telah menyimpan daging ini untukmu supaya kamu dapat memakannya pada hari yang penting ini.” Jadi Saul makan bersama Samuel pada hari itu.
-