PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 1:39, 40
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 39 Imam Zadok mengambil tanduk yang berisi minyak+ daripada khemah suci+ lalu mengurapi Salomo+ dengan minyak itu. Kemudian trompet tanduk ditiup dan semua orang mula berseru, “Daulat Tuanku Raja Salomo!” 40 Selepas itu, semua orang mengiringi Raja Salomo sambil meniup seruling dan bersorak-sorak dengan gembira. Suara mereka begitu kuat sehingga bumi seakan-akan terbelah.+

  • 2 Raja-Raja 11:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Kemudian Yehoyada membawa anak raja+ keluar lalu mengenakan mahkota padanya dan meletakkan gulungan yang mengandungi Hukum Tuhan+ di atas kepalanya. Anak itu diurapi dan ditabalkan sebagai raja. Sambil bertepuk tangan, orang ramai bersorak, “Daulat tuanku!”+

  • 2 Raja-Raja 11:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Dia nampak raja sedang berdiri di sisi tiang mengikut adat.+ Para pemimpin dan peniup trompet+ ada bersama dengan raja. Semua orang bersukacita dan meniup trompet. Maka Atalya mengoyakkan jubahnya dan berteriak, “Pengkhianat! Pengkhianat!”

  • 1 Tawarikh 12:39, 40
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 39 Mereka tinggal di situ bersama Daud selama tiga hari. Mereka menikmati makanan dan minuman yang disediakan oleh saudara-saudara mereka. 40 Baik orang yang tinggal dekat mereka mahupun orang yang tinggal sejauh kawasan Isakhar, Zebulon, dan Naftali, datang dengan keldai, unta, baghal, dan lembu yang dimuati dengan makanan. Mereka membawa banyak tepung, kuih buah ara dan kuih kismis, wain, minyak, dan lembu serta biri-biri. Demikianlah seluruh Israel bersukacita.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi