-
2 Samuel 5:23, 24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Daud meminta petunjuk Yehuwa tetapi Dia menjawab, “Janganlah serang mereka dari depan. Sebaliknya, seranglah mereka dari belakang, iaitu dekat semak samun.* 24 Sebaik sahaja engkau mendengar bunyi derap kaki di atas semak itu, janganlah teragak-agak untuk menyerang mereka. Hal ini demikian kerana Aku, Yehuwa, akan mendahuluimu dan mengalahkan tentera Filistin itu.”
-
-
2 Raja-Raja 6:15, 16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Pada awal pagi keesokan harinya, pembantu Nabi Elisa bangun lalu pergi ke luar. Dia nampak sepasukan askar dengan kuda-kuda dan kereta kuda mengepung kota itu. Pembantu itu serta-merta memberitahu Elisa, “Malanglah kita, tuan! Apakah yang harus kita lakukan?” 16 Elisa berkata, “Jangan takut,+ sebab yang menyertai kita lebih banyak daripada yang menyertai mereka.”+
-