55 Apabila Saul nampak Daud pergi berlawan dengan Goliat, dia bertanya kepada Abner,+ ketua tenteranya, “Abner, anak siapakah pemuda itu?”+ Abner menjawab, “Hamba bersumpah demi tuanku bahawa hamba tidak tahu!”
27 Apabila Abner sampai di Hebron,+ Yoab membawanya ke pintu gerbang, seolah-olah dia hendak bercakap dengan Abner secara peribadi. Tiba-tiba dia menikam perut Abner sehingga Abner mati.+ Dia berbuat demikian kerana Abner telah membunuh adiknya Asael.+