-
Keluaran 9:16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Namun Aku membenarkan engkau hidup supaya Aku dapat menunjukkan kuasa-Ku kepadamu, dan supaya nama-Ku diisytiharkan ke seluruh bumi.+
-
-
2 Raja-Raja 19:19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Oleh itu, ya Yehuwa, Tuhan kami, selamatkanlah kami daripada raja Assyria. Dengan demikian, semua kerajaan di bumi akan tahu bahawa hanya Engkaulah Tuhan, ya Yehuwa.”+
-
-
Daniel 3:29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 Maka beta mengeluarkan perintah berikut: Sesiapa daripada bangsa atau bahasa apa pun yang menghina Tuhan Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, akan dipotong-potong, dan rumahnya akan dijadikan tandas awam.* Hal ini demikian kerana tiada tuhan yang dapat menyelamatkan orang, seperti yang telah dilakukan oleh Tuhan mereka.”+
-