PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 2:12-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Anak-anak lelaki Eli sangat jahat;+ mereka tidak menghormati Yehuwa. 13 Berikut merupakan apa yang dilakukan mereka berkenaan bahagian korban yang ditetapkan untuk para imam:+ Sewaktu seseorang mempersembahkan korban, pembantu imam akan datang sambil membawa garpu besar. Sementara daging itu direbus, 14 pembantu itu akan memasukkan garpu ke dalam mana-mana periuk. Apa sahaja yang ditarik keluar dengan garpu akan diambil oleh imam. Semua orang Israel yang datang ke Silo akan diperlakukan seperti itu. 15 Selain itu, sebelum lemak binatang dibakar,+ pembantu imam akan datang dan berkata kepada orang yang mempersembahkan korban itu, “Berikan daging mentah kepada imam untuk dipanggang. Dia tidak mahu menerima daging yang sudah direbus.” 16 Jika orang itu berkata, “Pastikan lemak binatang dibakar terlebih dahulu.+ Kemudian barulah kamu boleh mengambil apa pun yang kamu ingini,” pembantu imam itu akan berkata, “Tidak! Berikannya kepadaku sekarang juga. Jika tidak, aku akan mengambilnya dengan paksa!” 17 Demikianlah para pembantu itu melakukan dosa yang sangat besar di hadapan Yehuwa+ kerana mereka meremehkan korban yang dipersembahkan kepada Yehuwa.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi