-
1 Samuel 20:19-22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Pada hari yang berikutnya, mereka tentu akan bertanya tentangmu. Maka kamu mesti pergi ke tempat persembunyianmu yang dahulu dan kamu mesti tunggu berdekatan batu di sini. 20 Aku akan melepaskan tiga batang anak panah di sebelah batu itu, seolah-olah aku sedang memanah suatu sasaran. 21 Apabila aku mengutus hambaku, aku akan berkata, ‘Pergilah cari anak panah itu.’ Jika aku berkata kepadanya, ‘Lihatlah! Anak panah itu berada di sebelah kamu, ambillah anak panah itu,’ maka kamu boleh kembali. Aku bersumpah demi Yehuwa yang hidup bahawa hal itu bererti kamu selamat dan tidak dalam bahaya apa pun. 22 Tetapi jika aku berkata kepada hamba itu, ‘Lihatlah! Anak panah itu lebih jauh di sana,’ maka pergilah, kerana Yehuwa menyuruh kamu pergi.
-