-
1 Samuel 3:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Itulah sebabnya Aku bersumpah kepada keluarga Eli bahawa dosa keluarganya tidak dapat ditebus, baik dengan korban mahupun dengan persembahan.”+
-
-
1 Samuel 4:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Tambahan lagi, tabut perjanjian Tuhan telah dirampas dan dua orang anak lelaki Eli, iaitu Hofni dan Pinehas, telah mati.+
-
-
1 Samuel 4:18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Sebaik sahaja lelaki itu menyebut tentang tabut Tuhan yang benar, Eli jatuh terlentang ke belakang dari kerusinya di tepi pintu gerbang. Oleh sebab dia sangat tua dan gemuk, lehernya patah lalu dia mati. Dia telah menjadi hakim orang Israel selama 40 tahun.
-