-
1 Samuel 11:9-11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Mereka berkata kepada utusan yang datang dari Yabes, “Beritahulah penduduk Yabes di Gilead, ‘Esok, kira-kira pada waktu tengah hari, kamu akan diselamatkan.’” Maka utusan-utusan itu pergi memberitahu penduduk di Yabes lalu mereka sangat bersukacita. 10 Selepas itu, penduduk Yabes berkata kepada orang Ammon, “Esok kami akan menyerah kepada kamu, dan kamu boleh melakukan apa sahaja yang kamu mahu terhadap kami.”+
11 Pada keesokan hari, Saul membahagikan umat itu kepada tiga kumpulan. Mereka pergi ke tengah-tengah perkhemahan pada waktu subuh,* lalu membunuh orang Ammon+ sehingga kira-kira waktu tengah hari. Orang Ammon yang terselamat tercerai-berai sehingga tidak ada dua orang yang lari bersama-sama.
-