-
1 Samuel 7:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Tabut perjanjian berada di Kiryat-yearim untuk waktu yang lama, iaitu 20 tahun. Kemudian seluruh umat Israel mula meminta bantuan Yehuwa.+
-
-
1 Tawarikh 13:1-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Daud berbincang dengan ketua-ketua atas 1,000 orang, ketua-ketua atas 100 orang, dan pemimpin-pemimpin yang lain.+ 2 Kemudian dia berkata kepada semua orang Israel, “Jika kamu semua bersetuju, dan jika Yehuwa, Tuhan kita, juga bersetuju, marilah kita menghantar utusan kepada saudara-saudara kita yang masih tinggal di seluruh negeri Israel, dan kepada para imam dan orang Lewi yang tinggal di kota-kota+ yang mempunyai padang rumput, supaya mereka dapat berkumpul bersama kita. 3 Kita akan membawa balik tabut+ Tuhan kita.” Hal ini demikian kerana tiada orang yang menjaga tabut itu pada zaman Saul.+ 4 Semua orang bersetuju dengan Daud kerana cadangannya baik. 5 Oleh itu, Daud mengumpulkan semua orang Israel, dari sungai* di Mesir sampai ke Lebo-hamat,*+ untuk membawa tabut Tuhan yang benar dari Kiryat-yearim.+
-